Wednesday, October 19, 2011

>>Hadis Logam>>

Assalamualaikum,

alhamdulillah, dah lama tak dapat nak update kat blog nih. Huh, ni pun ats usaha yg gigih, berpeluh2 nak tulis sebuah perkongsian dan pandangan kpd sahabat2 yang masih sudi membaca.

Bak kata orang tua2(baca orang lama) "senang je kalau nak berbicara, tapi susah nak di lakukan". Hmm, mungkin ada di antara sahabat sekalian yang setuju dengan statement ni. Bila mana seseorang tu nak cakap sesuatu, atau berpesan sesuatu kepada orang2 yg dijumpainya, sangat mudah untuk dia cakap apa saja yang betul dan sememangnya betul, tapi kadang2 kita boleh lihat mereka sendiri susah nak buat perkara yg disebut2 tu, lagi tension bila jumpa yang suka cakap berapi2 sampai terbakar audience yg mendengar, tapi tetap juga sekadar angin yg lalu di telinganya, tak de effect pun pada tindakannya.

Hmm, apa nak cakap sebenarnya, mesti sahabat semua tertanya2, apa la budak ni nak cakap. Banyak sangat pusing nya. Hehe, jangan marah ye, itu semua untuk menjelaskan situasi kenyataan yang nak diperkatakan kali nih. Dalam qur'an ada di sebutkan,
"...Allah sangat membenci kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
As-Saff: 3

So, beranikah kita nak cakap banyak sekarang, pastu banyak jugak yang tak dibuat. Dush, bagai satu tumbukan padu kat muka, ditempelak oleh Allah s.w.t. kepada sesiapa yang macam ni.

Kepada sahabat2 sekalian, dalam nak sampaikan dakwah ni, memang banyak cabaran dan halangan dia. Kan dah diberitahu, inilah jalan sebenar ar-Rasul dan para sahabatnya. So, apa yang ar-Rasul hadapi, kita juga kena hadapi, itulah sunnah perjalanan dakwah ni. Kalau lembik, manja, penakut, mudah digertak, baik duduk rumah, study elok-elok, nanti besar boleh jugak menyumbang pada bangsa dan negara. Agama macam mana?? Hmm, fikir-fikir kanlah.

Lihat saja, dalam pendedahan awal kita pada adik2 yang baru ditajmik, kita bersiap sedia dan siaga, adakan ISK. Kita mulakan dgn hadis Logam.
"Manusia itu umpama logam, terpilihnya mereka ketika jahiliyyah, terpilih juga mereka ketika islam, sekiranya mereka faham."

Hmm, ini suatu hadis yg menggambarkan peribadi Saidina Umar al-Khattab yg sangat lantang menentang dakwah Rasulullah s.a.w. namun dia tetap lantang membela Islam dan dakwah Rasulullah s.a.w. apabila mendapat hidayah Islam. So, inilah contoh kepada hadis di atas. Sahabat2 sekalian tahukah, atau perasankah apa yang banyak berlaku pada zaman kita berdakwah sekarang? Berapa ramai yang melihat hadis ini sebagai panduan yang jelas untuk kita mengajak rakan2 yang berada dalam kejahilan(baca kurang kefahaman islam). Padahal, kita sangat lantang membahaskan dan menghuraikan hadis ini ketika ISK. Pastu disimpulkan pula dengan IPK.

Apa sebenarnya intipati yg kita faham dan lakukan dari hadis Logam tu. Masih ramai di luar sana yang hanya fokus dan mengajak mereka yang hanya berada di masjid, surau2, yang sopan dan segan2 bercakap. Mereka ini sememangnya sudah baik, dan ia memudahkan proses pentakwinan individu, tapi bagaimana pula dengan mereka yang berada di luar masjid, yang tak pernah dengar kuliah maghrib, kenapa mereka ini sangat kurang di'approach' oleh para Du'at. Adakah mereka tidak layak??

Hmm, di sini, kat mana hadis logam yang selalu diperkatakan dalam ISK tu. Kenapa mereka yang sangat agresif, nakal dan kuat bersosial ni, tidak menjadi fokus kita untuk membina potensi diri mereka tu supaya boleh menyumbang pada dakwah islam. Adakah ia hak eksklusif pihak yang dah baik dan soleh. Hmm, kalau bukan kita yang bergaul dan mendekati mereka siapa lagi. Macam mana potensi yang besar pada diri mereka ni dapat dikembangkan dan berguna dalam dakwah Islam.

Sahabat2 sekalian, mereka ini juga perlukan perhatian kita, para Du'at. Jangan kerana nak senang berdakwah, kita hanya fokus pada orang2 masjid dan surau sahaja. Di mana sikap mujahadah yg sepatutnya ada pada diri seorang Da'ie. Adakah kebaikan dan kesopanan pada org2 masjid dan surau ni dapat menjamin mereka akan lebih mudah menggerakkan dakwah ini. Adakah kita nak jadi manusia yang menentukan hasil setiap usaha nya. Siapa yang dapat menjamin orang2 yang bermasalah ni tak boleh dibentuk menjadi penggerak dakwah pada masa akan datang.

Hmm, bak kata pepatah, "belum cuba belum tahu," tapi Rasulullah telah membuktikannya, dan ada juga segelintir sahabat2 kita yang sudah membuktikan hasil yang lumayan. Penggerak2 dakwah yang proaktif dan laju bergerak, sangat serius bekerja, kritis pemikirannya, ramai dari mereka yang berlatar belakang kan pelajar bermasalah, nakal dan huru hara, di zaman Jahiliyyah nya.

So, tak nak cakap banyak, dah banyak dah pun, jom kita sama2 realisasikan hadis logam tu dalam dunia realiti ini. Jangan fikirkan hasilnya, kita fikirkan caranya dan usahanya. wallahua'lam. ;)

2 comment:

Ruqaiyah Hmy said...

salam...syukran atas perkongsian..hadis ni menaikkan semangat untuk terus istiqamah, walaupun golongan-golongan tu mula-mula menjauh..tapi, cuma perlu fikir ni je, "insya Allah sabar dapat membuahkan hasil, dengan izin Allah.."

Ibn Azmi said...

Wslm, sampai jgk ruqaiyah kat sini.

Jzkk, di saat kita merasakan hilang semangat di jalan dakwah, kita kena cuba mencari sumber semangat kita. Hadis logam nih boleh bg motivasi kat kita. Cek balik potensi diri kita yg ada, dan guna utk membantu dakwah. Insyallah bantuan yg tak disangka2 akn datang.

jgn lupa Do'a jgk.

Kitaran Bodoh...anda tentukannya

Kitaran Bodoh...anda tentukannya