Saturday, April 9, 2011

"Fikrah Islam"


Setiap manusia punyai cara pemikirannya yang tersendiri. Dia menyelesaikan permasalahan dalam dirinya berdasarkan bagaimana dia berfikir. Setiap perkara yang dilakukan adalah hasil daripada pemikirannya yang dirasakan sesuai dengan sesuatu perkara.

Seorang ahli fizik akan membuat kajian masalah sebelum mengkaji cara mengatasi atau menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai contoh, bagaimana seketul daging yang liat siratnya boleh diempukkan lalu enak dimakan. Dalam suhu air yang biasa, sekitar 100 celcius, seketul daging amat sukar untuk direbus dan diempukkan dan sudah tentu memerlukan masa yang sangat lama. Maka tenaga yang diguna pakai amatlah banyak. Maka penyelesaian yang dihasilkan adalah, jika sesuatu suhu diletakkan di dalam tekanan yang tinggi, maka ia akan meningkatkan takat didihnya lebih dari 100 celcius. Dengan ini, suhu akan meningkat dengan tingginya dan mampu mengempukkan daging tersebut. Lalu terciptalah periuk tekanan yang biasanya digunakan untuk memasak sup daging.

Dengan merujuk kepada teori termodinamik dan tekanan gas, melalui kajian buku-buku fizik, maka satu jalan penyelesaian telah dihasilkan. Inilah fikrah ahli fizik.

Maka sahabat pembaca sekalian, bagaimana pula fikrah islam itu berperanan? Islam adalah untuk membawa manusia kepada penghambaan dan pengabdian kepada Allah s.w.t.[51:56] dan juga pemimpin dunia ini[2:30]. Maka jika masalah yang timbul hari ini adalah mengenai akhlak dan nilai seorang manusia, sudah tentu ahli Islam(Da'ie) perlu mencari cara untuk mengatasinya. Dan rujukannya adalah Al-Quran[7:3] dan As-sunnah[33:21]. Maka di sana banyak panduan cara yang diajarkan kepada Kita dalam menghadapi perkara seperti berkaitan dengan kehidupan manusia. Fikrah islam adalah pemikiran yang sentiasa merujuk kepada Islam, iaitu tuntutan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Maka tidak dapat tidak Kita perlu merujuk kepada dua sumber asas Islam ini.

Inilah perkara asas yang perlu difahami oleh para Da'ie yang memperjuangkan Islam. Semaikan fikrah Islam di dalam diri Kita dan sebarkan kepada mad'u-mad'u yang banyak. Tidak ada rujukan yang lebih lengkap dan utuh selain Al-Qur'an[Al-An'am:38][al-isra':88] dan As-Sunnah[an-najm:3-4].

Tidak ada saintis yang akan menyelesaikan masalah sains dengan merujuk kepada rujukan politik dan ekonomi. Sekalipun ia merujuk, sudah tentu tiada penyelesaian yang cukup sesuai dengan masalah sains. Sekadar lontaran pandangan dari sisi saya yang masih memerlukan tunjuk ajar. Mudah-mudahan ia mencetuskan daya pemikiran islam yang dinamik.
Wallahua'alam.

Kafe PKP,
di kala cuti hujung minggu.

0 comment:

Kitaran Bodoh...anda tentukannya

Kitaran Bodoh...anda tentukannya